"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Tuesday 2 July 2013

Enta kuat berjalan


الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا

 "manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka ketika Islam, sekiranya mereka faham."(sahih Bukhari)


Bosan.Shefiq membaca hadith yang tertulis dalam buku notanya. Hadith yang disalinnya ketika berbulatan gembira minggu yang lalu. Fikirannya mula bersayap dan mula terbang ke awangan. Mula dia terfikirkan apakah logam yang ada pada dirinya. Hadith yang seringkali di terangkan menggunakan kisah Umar Al khattab. Di mana ketika Umar belum menjadi muslim dia sangat bengis dan ditakuti orang. Setelah memeluk islam bengisnya tetap ada tetapi diguna ke jalan yang benar. Menjadi pembela dan penguat umat islam tatkala umat islam masih sedikit dan ketakutan. Itulah logam atau kebolehan Umar ketika jahiliyah dan setelah dia memahami islam.

Cemburu.

Fikiran Shefiq terus tenggelam dalam lautan tanda tanya dan ingin tahu. " Jelesnya dengan Haris, dia pandai berkata-kata. Boleh dia bagi daurah bagi talk smua..hmm apa aku boleh buat?"..hatinya bertutur sendiri. Mula dia membuka laptopnya. Menggerakkn mouse menghalakan cursor membuka laman social facebook. Dia melihat wall kawannya penuh dengan gambar2 yang diedit dengan ayat Al-quran. " hmm pandai Ersyad ni tangkap gambar. Pastu dia guna untuk berdakwah pulak..jelesnya.." Hatinya berbicara lagi. 

Gambar2 pada wall facebook kawannya Ersyad itu di like satu- persatu. Dia kembali ke bahagian News Feed.  25minit yang lalu kawannya Hezim  telah berkongsi satu link blog. Blog itu habis dibaca. " kalaulah aku mampu nak tulis blog macam Hezim kan best.bole ak berdakwah dengan menulis".terkeluar spontan dari mulutnya. Shefiq terus melayari internet. Ditutup laman sosial facebooknya. Dia mula mencari bahan-bahan tambahan untuk berusrah pada esoknya. Sudah dihadam bahan asas untuk disampaikan pada anak usrahnya, kini dia mencarik bahan-bahan tambahan untuk anak-anak usrah.

Esoknya..
Dengan lafaz bismillahi tawakkaltu a'lallah. Walaa haula wala quwwata illa billah, Shefiq melangkah keluar rumah. Tak sabar dia ingin menyampaikan bahan pengisian kepada anak usrahnya. Sedang dia berjalan tunduk memandang bawah kerna menjaga pandangan pada perempuan korea yang kurang sopan pakaiannya pada musim panas itu, dia terlanggar sahabatnya Bukery. Kebetulan menghala ke arah yang sama, mereka berjalan bersama. Mereka bersahabat fillah. Berbuallah mereka tentang perihal agama sambil berjalan.

Mungkin hadith yang dibaca semalam masih lagi pekat di fikirannya, Shefiq terlepas kata spontan dari mulutnya tatkala mereka rancak berbual tentang dakwah. " Bukery, ana rasa down sket semalam baca hadith logam..ntahlaa ana tak jumpa apa logam dalam diri ana ni.Orang lain petah berkata-kata, pandai photography dan pandai menulis..ana xtau pandai ape..sobs". Tenang Bukery melihat wajah sahabat fillahnya. Perlahan bibirnya mengukir senyum berbicara." Enta takde logam?? Eheh..bergurau ape ni Shefiq. Meh ana cakap sket. Sekarang ni anta nak pergi mana ni? Usrah kan?".

Actions speak louder than words.

Shefiq mengangguk. Bukery meneruskan bicara " kalaulah yang pandai menulis tu logam tembaga, enta ni logam emas tau tak. Yang menulis tu berdakwah guna kelebihan pena dan masa je. Enta berdakwah ni kerah masa, tenaga, duet dan keringat nak kesana sini" kata bukery dengan semangat. "Enta tak engat ke dulu kalau ana jumpa enta tengah jalan mesti enta tengah otw pegi shoping laa, pegi lotte world laa, pegi everland laa mcm2 lagi laa. Tapi sekarang bile jumpa enta tengah jalan, mesti enta nak pegi usrah laa, daurah laa, rehlah laaa dan macam2 laa yang baik tujuannya" bukery berhenti seketika. Tersenyum. " Enta tau, logam enta sebenarnya enta suka berjalan. Kalau dulu jalan enta ke tempat takde pekdah, sekarang enta berjalan lakukan kerja dakwah. Yang enta lakukan  dakwah fardhiah ni tak semua orang nak buat tau. Bergembiralah wahai sahabatku" bukery mengakhiri bicaranya dan mereka berpisah disitu kerana menaiki bas berbeza arah.

Berjalan seorang diri.Shefiq tersenyum. Mula sedar akan logamnya. Dia bukan seorang yang petah berkata-kata, tidak pandai menulis panjang, tidak juga pandai fotografi tetapi dia pandai berbuat.Dia cergas bergerak kesana kemari berdakwah mentarbiyah anak-anak usrahnya.  Dia adalah man of action. Kerna jika banyak bercakap dan menulis belum tentu banyak yang dibuatnya. Islam tidak tersebar tanpa peluh dan debu. Jika tiada orang yang sentiasa bergerak cergas berdakwah, hanya menulis,hanya berkata-kata..islam tidak akan tersebar. Shefiq terus bergerak ke tempat usrahnya sambil berdoa kepada Allah supaya di tsabatkan hatinya di jalan Dakwah. Tersenyum lagi :)

Itulah kisah seorang ikhwah kuat berjalan.

No comments:

Post a Comment